PERMAINAN PETANQUE

>> Wednesday, December 16, 2009

APA ITU PETANQUE?
Pétanque adalah sejenis permainan yang berasal dari Perancis yang mana objektif utama permainan adalah untuk membaling atau melempar bola - bola besi yang disebut sebagai 'boules' sedekat mungkin dengan satu bola kecil yang diperbuat daripada kayu yang digelar jack. Permainan ini biasanya dimainkan diatas permukaan tanah atau batu kerikil halus. Namun begitu, permainan petanque ini juga boleh dimainkan di atas permukaan berpasir atau padang rumput. Dengan kata lain, petanque boleh dimainkan di mana - mana permukaan.
Permainan petanque dimainkan dalam 3 jenis konfigurasi berbeza iaitu:-
# 3 sekumpulan atau lebih dikenali sebagai tripplets, dengan 3 orang pemainsetiap kumpulan dan setiap pemain menggunakan 2 biji boule
# 2 sekumpulan atau lebih dikenali sebagai doublets, dengan 2 orang pemain setiap kumpulan dan setiap pemain menggunakan 3 biji boule
# perseorangan atau lebih dikenali sebagai singles, dengan seorang pemain menggunakan 3 biji boule

BAGAIAMANA PETANQUE DIMAINKAN?
Bola yang digunakan untuk permainan petanque diperbuat daripada besi dengan berat antara 650g dan 800 gram. ( Bola ini taklah berat sangat, tak sampai sekilo pun.) Saiz diameter bola besi ini pula antara 70.5mm dan 80mm. ( Agak - agak sebesar bola tennis ). Jack pula diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik dan mempunyai diameter antara 25mm sehingga 35mm. ( macam besar guli jer... )
Kawasan permainan petanque mestilah tidak kurang dari 15 meter panjang kali 4 meter lebar. Namun begitu keluasan minimum yang diterimapakai adalah tidak kurang dari 13 meter panjang kali 4 meter lebar.
Pemain yang menang undian lambungan duit syilling hendaklah memulakan permaianan dengan membuat bulatan dengan diameter 35- 50 cm. Kedua - dua kaki pemain yang membuat lemparan bola hendaklah menyentuh tanah semasa membuat lemparan. Permaianan dimulakan dengan pemain pertama melempar jack dalam jarak 6 ke 10 meter dari bulatan tadi. Jack yang dilemparkan hendaklah tidak kurang 1 meter dari sempadan gelanggang atau apa - apa objek yang menghalang. Jika ini berlaku, maka jack tersebut hendaklah dilontar semula.
Pemain yang menang undian tadi akan mula melempar bola sedekat mungkin dengan jack. Pemain daripada pihak lawan pula akan cuba mengatasi jarak boule pertama tadi sehingga dia berjaya lebih dekat dengan jack. Jika dalam percubaan itu, boule pihak lawan lebih dekat, maka kumpulan pertama tadi perlu mengatasi boule tadi. Permainan ini akan berulang sehinggalah kesemua boule telah habis dilempar.
Mata akan dikira dengan kaedah, berapa boule pasukan yang mendapat mata lebih dekat kepada jack sebelum bola pihak lawan. Permaianan biasanya dimainkan sehingga mata 13. Namun begitu, mata 15 juga ada dimainkan untuk perrtandingan - pertandingan akhir,

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP