SAMBUTAN HARI KOPERASI PERINGKAT SEKOLAH 2010

>> Saturday, May 1, 2010

Tema Sambutan:
"KREATIVITI DAN INOVASI MEMPERKASAKAN KOPERASI SEKOLAH"
Program: Hari Koperasi Sekolah 2010 SMK Perai
Tarikh : Rabu, 30 Jun 2010
Tempat: Dataran Pelajar
ATUR CARA:
AKTIVITI WAJIB

1. Perhimpunan Khas
2. Penanaman Pokok
AKTIVITI TAMBAHAN
1. Pengiktirafan koperator terbaik koperasi sekolah
2. Edaran Tanda Peringatan HKS
AKTIVITI PILIHAN
1. Pendidikan (Ceramah, seminar, kuiz, forum dll)
2. Ekonomi (Jualan, bazar koperasi, "car boot sale", "car wash" dll)
3. Sosial dan Budaya (projek komuniti dgn PIBG, sketsa, gotong royong dll)

Read more...

GARIS PANDUAN PROGRAM PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN
PEMBENTANGAN/PERSEMBAHAN PROJEK TERBAIK
PROGRAM PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN KOPERASI SEKOLAH (PPKKS) 2010
RANCANGAN PERNIAGAAN
(Tidak lebih 10 mukasurat – Font Arial 11 Single Line spacing)

A. RINGKASAN EKSEKUTIF
• Tujuan Rancangan Perniagaan
• Ringkasan Kumpulan
• Ringkasan Projek
• Peluang Perniagaan
• Matlamat Hasil Akhir Perniagaan
B. LATAR BELAKANG KUMPULAN
• Maklumat Ahli Kumpulan
• Tarikh Penubuhan Kumpulan
• Imej, Logo dan Motto Kumpulan
• Jenis Perniagaan
• Modal Kumpulan – Pinjaman Koperasi
• Modal Kumpulan – Sumber Ahli / Lain-lain
C. RANCANGAN PENTADBIRAN
• Piagam Kumpulan
• Carta Organisasi
• Peruntukan Gaji / Imbuhan Kerja
• Jadual Kerja
• Lokasi Operasi
• Jangkaan Masalah Pentadbiran
• Cadangan Menangani Masalah Pentadbiran
D. RANCANGAN PEMASARAN
• Amalan 5 P
• Lain-lain Kaedah Pemasaran
• Persaingan
• Jangkaan Masalah Pemasaran
• Cadangan Menangani Masalah Pemasaran
E. RANCANGAN OPERASI
• Pembahagian Tugas
• Kawalan Tugas
• Jangkaan Masalah Operasi
• Cadangan Menangani Masalah Operasi
F. RANCANGAN KEWANGAN
• Peruntukan Kos / Bajet
• Sasaran Aliran Tunai
• Jangkaan Jualan & Pendapatan
• Perekodan Kewangan ( Simpan Kira / Inbois / Resit / Buku Tunai dll)
• Jangkaan Masalah Kewangan
• Cadangan Menangani Masalah Kewangan
G. PENUTUP
• Sasaran Pulangan Atas Modal (ROI) Projek yang Dilaksanakan
• Pulangan Tunai (Kepada Koperasi Sekolah & Pelajar)
• Pulangan Bukan Tunai (Kepada Koperasi Sekolah & Pelajar)
• Kebaikan Projek & Mohon Kelulusan Pengurusan Koperasi Sekolah

Read more...

LAGU KOPERASI



Semangat Koperasi

Kami sedia membantu
Kerana cintakan bangsa
Bekerja capai mutu
Berdikari motto utama

Ilmu seumur hidup serta amanah
Hapuskan sistem penjajah
Rintangan dalam sejarah

Kami sedia membantu
Kerana cintakan bangsa
Bekerja capai mutu
Berdikari motto utama

Ilmu seumur hidup serta amanah
Hapuskan sistem penjajah
Rintangan dalam sejarah

Jiwa demokrasi
Keupayaan koporasi
Jangan harap subsidi
Berdiri di atas kaki sendiri

Kuatkan semangat
Bangunkanlah jiwa yang hebat
Bersatu demi rakyat
Hidup dalam muafakat

Wawasan 2020
Kita tidak akan mengeluh
Bersedia berstrategi
Menentukan nasib sendiri

Read more...

HARI KOPERASI SEKOLAH

GARIS PANDUAN SAMBUTAN
HARI KOPERASI SEKOLAH (HKS) 2010
PERINGKAT SEKOLAH

1. PENGENALAN

Pada tahun ini sambutan Hari Koperasi Sekolah (HKS) peringkat sekolah diadakan dengan pelbagai aktiviti berdasarkan garis panduan yang disediakan. Sambutan ini diadakan bertujuan untuk memberitahu kepada warga sekolah dan masyarakat setempat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan untuk mendidik para pelajar supaya mempunyai jatidiri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi.

Pihak ANGKASA menyediakan garis panduan sambutan ini sebagai usaha memberikan panduan terbaik kepada pihak pengurusan koperasi sekolah untuk menganjurkan sambutan HKS dengan lebih mudah dan teratur. Ini terbukti, hasil daripada laporan yang diterima daripada pihak koperasi sekolah, koperasi sekolah berjaya melaksanakan HKS dengan jayanya. Jumlah koperasi yang menghantar laporan bertambah iaitu 850 buah pada 2007, 1,041 pada 2008 dan meningkat kepada 1,121 pada tahun 2009. Ini secara tidak langsung memberikan gambaran bahawa, sambutan HKS telah berjaya menonjolkan koperasi sekolah sebagai satu entiti penting di sebuah sekolah dalam usaha menyemai nilai-nilai koperasi di kalangan anggota.

2. PENYERTAAN
Terbuka kepada semua Koperasi Sekolah ahli ANGKASA.

3. PIHAK YANG TERLIBAT DENGAN HKS 2010
Pihak-pihak yang akan terlibat secara langsung:

Koperasi Sekolah
Koperasi Dewasa
Jabatan Pelajaran Negeri
Kementerian Pelajaran Malaysia
ANGKASA Pusat
Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Persatuan Ibubapa Guru (PIBG)
Masyarakat Setempat

4. TARIKH PERAYAAN DAN TEMA SAMBUTAN
Sambutan akan diadakan pada 27 Jun hingga 3 Julai 2010. Koperasi sekolah boleh memilih satu atau beberapa hari dalam minggu tersebut.

Tema sambutan adalah: "KREATIVITI DAN INOVASI MEMPERKASAKAN KOPERASI SEKOLAH"

5. AKTIVITI – AKTIVITI HKS
Dua (2) jenis aktiviti hendaklah diadakan di koperasi iaitu 1). aktiviti wajib dan 2). aktiviti pilihan. Setiap aktiviti sama ada aktiviti wajib atau pilihan hendaklah dibuat berdasarkan kreativiti pihak sekolah sendiri. Kesemua aktiviti yang dijalankan hendaklah berasaskan kepada tema sambutan.

5.1) Aktiviti Wajib

Bagi aktiviti wajib, pihak koperasi mesti mengadakan perkara-perkara berikut:

a. Perhimpunan Khas

Pihak sekolah hendaklah mengumpul kesemua pelajar dalam satu perhimpunan khas atau perhimpunan mingguan yang biasa untuk sambutan HKS.
Pengetua atau Pengerusi Koperasi akan memaklumkan tentang sambutan HKS serta tujuan diadakan . (Maklumat lanjut tentang HKS boleh dimuat turun dari laman web ANGKASA; www.angkasa.coop)
Pengetua atau Pengerusi Koperasi hendaklah menerangkan kepentingan koperasi di sekolah dan perkembangan terkini serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan di koperasi sekolah mereka.
Lagu koperasi dari ANGKASA hendaklah dimainkan semasa perhimpunan tersebut. (Lagu ini boleh dimuat turun dari laman web ANGKASA. www.angkasa.coop)
Perutusan daripada YB Menteri Pelajaran Malaysia; YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; dan Yang Dipertua ANGKASA hendaklah dibaca oleh pelajar semasa perhimpunan. (ANGKASA akan mengedarkan ketiga-tiga perutusan ke sekolah-sekolah dua minggu sebelum perayaan. Perutusan juga dimuat turun dari laman web ANGKASA; www.angkasa.coop)
b. Penanaman Pokok
Pihak koperasi sekolah hendaklah mengadakan acara menanam pokok sama ada sebagai simbol sambutan HKS atau sebagai sumbangan koperasi sekolah kepada pihak sekolah untuk menghijaukan persekitaran.

Koperasi sekolah juga hendaklah memainkan peranan untuk menggalakkan anggota koperasi menanam pokok di kawasan perumahan atau kawasan persekitaran sekolah atau di kawasan rumah mereka sendiri.

5.1) Aktiviti Bonus
Aktiviti bonus dimaksudkan sebagai mengadakan aktiviti, sama ada aktiviti wajib atau pilihan yang menjurus kepada tema sambutan HKS 2010.

Koperasi sekolah juga boleh mengadakan aktiviti yang menjurus kepada penghasilan produk-produk kreatif dan berinovasi yang bersesuaian untuk dipasarkan atau digunakan untuk pengguna koperasi sekolah. Sila nyatakan kreativiti dan inovasi yang telah dihasilkan di dalam borang laporan.


5.2) Aktiviti Tambahan Semasa Perhimpunan Khas

Pihak koperasi sekolah juga boleh melaksanakan aktiviti-aktiviti tambahan seperti berikut dalam majlis perhimpunan yang diadakan.

Pengiktirafan koperator terbaik koperasi sekolah
Pihak koperasi bolehlah memberi pengiktirafan kepada mana-mana koperator yang telah menunjukkan kecemerlangan sepanjang penglibatan mereka dalam koperasi. Antara pengiktirafan yang boleh diberikan ialah Anggota Lembaga Koperasi Terbaik, JAD Koperasi Terbaik di kalangan guru dan pelajar, koperator terbanyak berlanggan di kedai koperasi dan sebagainya. Koperasi sekolah bolehlah menyediakan hadiah-hadiah untuk tujuan tersebut.

Edaran Tanda Peringatan HKS
Satu tanda peringatan HKS berbentuk buku nota kecil, lencana, stiker atau lain-lain bentuk cenderahati bolehlah disediakan oleh pihak koperasi untuk mereka yang terlibat dengan sambutan atau untuk anggota-anggota di koperasi sekolah mereka sebagai tanda memperingati HKS.

Aktiviti-aktiviti tambahan dalam perhimpunan khas akan diambilkira semasa penilaian dibuat oleh Jawatankuasa Penilai.

5.2) Aktiviti Pilihan
Bagi aktiviti pilihan, tiga kategori aktiviti telah ditetapkan iaitu:

Pendidikan
Ekonomi
Sosial dan budaya
Pihak koperasi sekolah hendaklah menjalankan sekurang-kurangnya satu daripada aktiviti-aktiviti pilihan tersebut. Pemberian markah juga akan berdasar kepada kuantiti aktiviti yang dijalankan. Jika koperasi sekolah menjalankan lebih daripada satu aktiviti, tambahan markah akan diberikan. Kesemua aktiviti yang dijalankan hendaklah mengikut kreativiti dan inovasi pihak sekolah dan sebagai Badan Penilai, ANGKASA tidak akan terlibat secara langsung dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Pada tahun ini, koperasi sekolah digalakkan untuk melibatkan koperasi dewasa sebagai salah satu usaha mewujudkan aktiviti interaksi koperasi sekolah dan koperasi dewasa. Di antara contoh-contoh aktiviti adalah seperti berikut;

a. Aktiviti Pendidikan
Contoh Aktiviti :

Ceramah / bahas / kuiz / pidato Koperasi
Seminar Koperasi
Forum koperasi
Lain-lain berdasarkan kreativiti koperasi
b. Aktiviti Ekonomi
Contoh Aktiviti :

Jualan barangan terpakai atau barangan kitar semula.
Bazar Koperasi
‘Car-Boot' Sale
‘Car Wash'
Lain-lain berdasarkan kreativiti koperasi
c. Aktiviti Sosial dan Budaya
Contoh Aktiviti :

Menjalankan projek komuniti dengan PIBG atau masyarakat setempat seperti membantu mereka yang kesusahan kerana bencana alam dan sebagainya.
Sketsa Koperasi yang mengisahkan tentang tema sambutan yang boleh menjadi teladan kepada pelajar-pelajar anggota koperasi.
Bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah, menyediakan pondok bacaan dan tempat duduk
Lain-lain berdasarkan kreativiti koperas
6. BANTUAN PERBELANJAAN

ANGKASA akan memberi sumbangan sebanyak maksimum RM2,000.00 sebagai menampung perbelanjaan sambutan berdasarkan syarat berikut;
o Menghantar Borang Laporan (BLS02 – HKS/10) bersama laporan lengkap dan bergambar semua aktiviti HKS 2010 yang dilaksanakan - RM1,000
o Mengadakan Program Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah (PPKKS) Peringkat Sekolah dan mengadakan pemilihan / penilaian kumpulan - RM1,000
Jika koperasi sekolah melaksanakan HKS (menghantar Borang Laporan [BLS02 – HKS/10] bersama laporan lengkap dan bergambar semua aktiviti HKS 2010) dan melaksanakan PPKKS tetapi tidak mengadakan pemilihan / penilaian kumpulan Program Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah Peringkat Sekolah, bayaran sumbangan hanya akan diberikan sebanyak RM1,500.
Tiada bayaran sumbangan akan diberikan kepada koperasi sekolah berikut;
o Tidak mengadakan sambutan HKS 2010 dan PPKKS;
o Hanya mengadakan aktiviti perhimpunan sahaja;
o Tidak menghantar Borang Laporan (BLS02 – HKS/10); dan
o Hanya menghantar Borang Laporan (BLS02 – HKS/10) dan tidak disertakan bersama laporan lengkap bergambar aktiviti HKS 2010.
Bantuan perbelanjaan ini akan disalurkan ke koperasi sekolah sebaik sahaja menerima laporan mengenai sambutan yang telah diadakan.
7. BORANG PENGESAHAN SAMBUTAN DAN LAPORAN SAMBUTAN
Bagi tujuan penyelarasan dan penilaian, pihak koperasi sekolah hendaklah menghantar:

Borang Pengesahan Sambutan (BPS01 – HKS/10; mesti dicetak pada helaian A4 berwarna merah jambu) (Klik Untuk Muat Turun)
Borang pengesahan sambutan ini hendaklah dihantar ke ANGKASA sebulan sebelum tarikh sambutan. Pihak koperasi hendaklah menyatakan tarikh sambutan HKS yang akan diadakan dan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan.

Borang Laporan Sambutan (BLS02 – HKS / 10; mesti dicetak pada helaian A4 berwarna biru) (Klik Untuk Muat Turun)
Bagi tujuan penilaian dan pembayaran sumbangan, laporan sambutan hendaklah dihantar ke ANGKASA dua minggu selepas majlis sambutan HKS. Laporan yang lengkap hendaklah disertakan dengan gambar-gambar sekitar hari sambutan dan bukti sambutan. Sila Rujuk Panduan Penyediaan Laporan.

Kedua-dua borang ini boleh dimuat turun dari laman web ANGKASA; www.angkasa.coop
8. PENILAIAN AKTIVITI
Penilaian akan dibuat berdasarkan kepada aktiviti wajib (beserta aktiviti tambahan semasa perhimpunan), aktiviti pilihan, aktiviti bonus dan aktiviti tambahan semasa perhimpunan yang dilaksanakan oleh koperasi sekolah. Aktiviti akan dinilai mengikut kualiti persembahan, bilangan aktiviti yang dijalankan, penglibatan pelbagai pihak seperti koperasi dewasa, PIBG, masyarakat setempat dan lain-lain lagi yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Penilai. Maksimum lima (5) koperasi sekolah terbaik dari segi penganjuran akan dipilih dari setiap negeri dan hadiah akan diberikan oleh ANGKASA Pusat.

Jawatankuasa Penilai adalah terdiri daripada:

ANGKASA
Kementerian Pelajaran Malaysia
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

Bagi koperasi sekolah yang telah memenangi hadiah utama selama dua (2) tahun berturut-turut, tidak akan dinilai sambutan mereka bagi tahun yang ketiga. Penilaian akan dibuat semula pada tahun berikutnya.

Keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Penilai adalah muktamad.
9. LAWATAN WAKIL KEMENTERIAN, JABATAN DAN AGENSI
Wakil Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan dan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri akan membuat lawatan ke koperasi-koperasi sekolah yang mengadakan sambutan.

Lawatan yang diadakan adalah bertujuan untuk meraikan sambutan yang dilaksanakan oleh pihak koperasi sekolah dan ianya bukan bertujuan untuk penilaian HKS. Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan dan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri akan mengisi borang laporan lawatan yang telah disediakan untuk diserahkan kepada ANGKASA Pusat.

10. PERTANYAAN

Sebarang bentuk pertanyaan yang berkaitan dengan sambutan HKS bolehlah diutarakan kepada Penolong Pengurus Bahagian 4P (Pembangunan) di talian 03-78007823.
Alamat e-mail : pembangunan@angkasa.coop atau Ketua Unit Institusi Pendidikan di talian 03-78008156 / 03-78008176. No. faks : 03-78846423 / 03-78061506 / 03-78809244


Sumber: Laman Rasmi ANGKASA

Read more...

SEKILAS PANDANG - MESYUARAT ALK

>> Monday, March 8, 2010



Read more...

MESYUARAT ALK 01/2010

>> Tuesday, March 2, 2010

Mesyuarat ALK Koperasi SMK Perai Berhad yang pertama untuk tahun 2010 akan diadakan pada: Isnin, 08 Mac 2010 @ 2 petang - Bilik Jahitan.
Semua ALK Guru dan Pelajar diwajibkan hadir.

Read more...

JAWATANKUASA KOPERASI 2010

>> Saturday, January 2, 2010

Pengerusi: Pengetua Cemerlang
Timbalan Pengerusi: GPK Kokurikulum
Setiausaha: Maziah bt Mokhtar
Bendahari: Norsuhada bt Bahari
ALK Guru: Mohd Ikhwan Azali Abdullah (Pengurus Kedai)
Soo Hoo Mei Yoong (Promosi & Aktiviti)
Tan Li Ling (Juruodit)

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP