HARI KOPERASI SEKOLAH

>> Wednesday, December 16, 2009

Hari Koperasi Sekolah (HKS)
HKS mula disambut sejak tahun 1995 dengan pelbagai program dan aktiviti seperti pertandingan kuiz, petanq, pidato, melukis, menulis esei, berpantun dan sebagainya di peringkat zon, negeri dan kebangsaan. HKS dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Pelbagai pengiktirafan diadakan seperti Anugerah Koperasi Sekolah Terbaik, Peserta Terbaik Pertandingan Kuiz dan Anugerah Cemerlang Guru Koperasi Sekolah. Di antara hadiah menarik ialah lawatan ke luar negara dan pemberian hadiah set komputer.
Mulai tahun 2006, Perayaan HKS berubah kepada cara yang lebih bermakna dengan sambutan di peringkat sekolah-sekolah yang mana ianya dapat memberi peluang kepada lebih ramai warga sekolah yang terdiri daripada pelajar, guru, PIBG serta masyarakat setempat.
Sebagai inisiatif galakan kepada pelajar-pelajar, ANGKASA memberikan hadiah lawatan keluar negara kepada koperasi sekolah yang berjaya dipilih sebagai koperasi sekolah 6 bintang. Pada tahun 2006, tiga pelajar dan seorang guru koperasi sekolah yang berjaya dibawa melawat ke Korea Selatan manakala tahun 2007, enam pelajar dan dua guru berpeluang ke China dan Vietnam.
Pada tahun 2008, HKS peringkat sekolah disambut pada 22 hingga 28 Jun 2008 bertemakan “Koperasi Sekolah Memupuk Keusahawanan”.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP