Apakah Koperasi Sekolah?

>> Wednesday, December 16, 2009

Gerakan koperasi sekolah di Malaysia telah bermula semenjak tahun 1968 melalui penubuhan sembilan buah koperasi sekolah di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia. Sehingga Mei 2008, gerakan koperasi sekolah telah mencapai tahap yang cukup membanggakan apabila 1,976 koperasi sekolah telah ditubuhkan dengan bilangan keanggotaannya meningkat sehingga dua juta pelajar sekolah menengah seluruh Malaysia.

Kursus ini ditawarkan kepada Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan anggota koperasi SEKOLAH yang terdiri daripada kalangan pelajar dengan tujuan memberi pengetahuan asas mengenai pengurusan dan pentadbiran koperasi yang mengandungi lima (5) modul iaitu:
• Jati Diri Koperasi
• Kaedah Simpan Kira Koperasi Sekolah
• Kaedah Tadbir Urus Baik Koperasi Sekolah
• Penyata Kewangan Koperasi Sekolah
• Hak dan Tanggungjawab Anggota Lembaga Koperasi Sekolah

Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS)
ANGKASA memperkenalkan program PKS bagi memberikan peluang kepada para pelajar sekolah menjalankan program pelancongan sendiri.
Objektif PKS ialah untuk melatih pelajar dalam merancang, mengurus dan melaksanakan projek. Ia juga bertujuan memupuk budaya keusahawanan dan mendedahkan pelajar kepada tokoh-tokoh berjasa dan beberapa fokus subjek.
PKS lebih menekankan aspek pembelajaran berbanding matlamat keuntungan. Penekanan pembelajaran yang dimaksudkan ialah melalui konsep:
i. Belajar sambil bekerja (Learning by doing)
ii. Melaksanakan sambil belajar (Doing by learning)
iii. Pelaksanaan menjadi satu dengan pembelajaran (Doing and learning)
PKS menekankan konsep HOS dan TAMU di mana pelajar akan dilatih untuk menjadi HOS dan TAMU yang baik.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP