GARIS PANDUAN HKS 2011

>> Wednesday, May 11, 2011

GARIS PANDUAN SAMBUTAN HKS 2011

(PERINGKAT SEKOLAH)





1. PENGENALAN

Sambutan Hari Koperasi Sekolah (HKS) telah mula diperkenalkan sejak tahun 1995 dengan aktiviti pertandingan seperti kuiz koperasi, pidato, penulisan esei dan berpantun di peringkat zon, negeri dan kebangsaan. Pada tahun 2006, HKS telah diubah format penganjuran apabila sambutan HKS dianjurkan sendiri oleh koperasi sekolah dengan pelbagai aktiviti berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak ANGKASA. Sambutan HKS di peringkat sekolah ini diadakan bertujuan untuk memberitahu kepada warga sekolah dan masyarakat setempat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan untuk mendidik para pelajar supaya mempunyai jatidiri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi.


Koperasi sekolah telah diiktiraf sebagai salah satu kegiatan ko-kurikulum yang terpenting disekolah. Sehingga Disember 2010, sebanyak 2115 buah koperasi sekolah telah ditubuhkan dan 1,885 daripadanya telah menjadi ahli ANGKASA. Pada tahun 2010, sambutan HKS mendapat perhatian utama apabila sambutan HKS Peringkat Kebangsaan telah dirasmikan oleh Y.A.B Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran di SMK Bera Bandar 32, Pahang pada 9 Ogos 2010.

Pada tahun itu juga, sambutan HKS peringkat sekolah telah berjaya dilaksanakan oleh 1,573 koperasi sekolah berbanding hanya 1,430 pada tahun 2009. Hasil daripada laporan bertulis yang diterima daripada koperasi sekolah, sambutan HKS telah mendapat sambutan baik daripada warga sekolah dan masyarakat setempat. Ini bermakna, sambutan HKS telah berjaya menonjolkan koperasi sekolah sebagai satu entiti penting di sekolah dalam usaha menyemai nilai-nilai koperasi di kalangan anggota.

Selain daripada itu sambutan HKS merupakan usaha yang diadakan bagi memperkasakan pelajar (anggota koperasi) terhadap koperasi sekolah. Ia juga sebagai satu kegiatan untuk memupuk budaya kerjasama dan keusahawanan disamping meningkatkan daya usaha dan kreativiti pelajar.

2. PENYERTAAN

Terbuka kepada semua Koperasi Sekolah ahli ANGKASA.






G A R I S P A N D U A N S A M B U T A N H K S 2 0 1 1 1



3. PIHAK YANG TERLIBAT DENGAN HKS 2011

Pihak-pihak yang akan terlibat secara langsung:

• Koperasi Sekolah;

• Koperasi Dewasa;

• Jabatan Pelajaran Negeri;

• Kementerian Pelajaran Malaysia;
• ANGKASA Pusat;

• Suruhanjaya Koperasi Malaysia;

• Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri;

• Majlis Amanah Rakyat (MARA);

• Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG);
• Masyarakat setempat dan lain-lain.

4. TARIKH PERAYAAN DAN TEMA SAMBUTAN

Sambutan akan diadakan pada 1 hingga 30 Jun 2011. Koperasi sekolah boleh memilih salah satu atau beberapa hari dalam tempoh (1 bulan) tersebut.


Tema sambutan adalah: 1 untuk semua, semua untuk 1


5. AKTIVITI – AKTIVITI HKS

Dua (2) jenis aktiviti hendaklah diadakan di koperasi iaitu 1). aktiviti wajib dan 2). aktiviti pilihan. Setiap aktiviti sama ada aktiviti wajib atau pilihan hendaklah dibuat berdasarkan kreativiti pihak sekolah sendiri.

5.1. Aktiviti Wajib

Bagi aktiviti wajib, pihak koperasi mesti mengadakan perkara-perkara berikut:

a. Perhimpunan Khas

•• Pihak sekolah hendaklah mengumpul kesemua pelajar dalam satu perhimpunan khas atau perhimpunan mingguan yang

biasa untuk sambutan HKS;

 Pengetua atau Pengerusi Koperasi akan memaklumkan tentang sambutan HKS serta tujuan diadakan; (Maklumat lanjut tentang HKS boleh dimuat turun dari laman web ANGKASA; www.angkasa.coop)

• Pengetua atau Pengerusi Koperasi hendaklah menerangkan kepentingan koperasi di sekolah dan perkembangan terkini serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan di koperasi sekolah mereka;

• Lagu Semangat Koperasi (lagu rasmi koperasi) dari ANGKASA hendaklah dimainkan semasa perhimpunan tersebut. (Lagu ini boleh dimuat turun dari laman web ANGKASA; www.angkasa.coop)

• Perutusan daripada YB Menteri Pelajaran Malaysia; YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; dan Presiden ANGKASA hendaklah dibaca oleh pelajar semasa

G A R I S P A N D U A N S A M B U T A N H K S 2 0 1 1 2



perhimpunan. (ANGKASA akan mengedarkan ketiga-tiga perutusan ke sekolah-sekolah dua minggu sebelum sambutan HKS). Perutusan juga boleh dimuat turun dari laman web ANGKASA; www.angkasa.coop)

b. Penanaman Pokok

Pihak koperasi sekolah hendaklah mengadakan acara menanam pokok sama ada sebagai simbol sambutan HKS atau sebagai sumbangan koperasi sekolah kepada pihak sekolah untuk menghijaukan persekitaran.

Koperasi sekolah juga hendaklah memainkan peranan untuk menggalakkan anggota koperasi menanam pokok di kawasan perumahan atau kawasan persekitaran sekolah atau di kawasan rumah mereka sendiri.

5.2 Aktiviti Bonus

Aktiviti bonus dimaksudkan sebagai mengadakan aktiviti, sama ada aktiviti wajib atau pilihan yang menjurus kepada tema sambutan HKS 2011.


Koperasi sekolah yang terlibat di dalam program Barangan Untuk Koperasi Sekolah (BUSANA) juga akan diberikan markah bonus.

5.3 Aktiviti Tambahan Semasa Perhimpunan Khas

Pihak koperasi sekolah juga boleh melaksanakan aktiviti-aktiviti tambahan seperti berikut semasa majlis perhimpunan diadakan.

• Pengiktirafan koperator terbaik koperasi sekolah

Pihak koperasi bolehlah memberi pengiktirafan kepada mana-mana koperator yang telah menunjukkan kecemerlangan sepanjang penglibatan mereka dalam koperasi. Antara pengiktirafan yang boleh diberikan ialah Anggota Lembaga Koperasi Terbaik, JAD Koperasi Terbaik di kalangan guru dan pelajar, koperator terbanyak berlanggan di kedai koperasi dan sebagainya. Koperasi sekolah bolehlah menyediakan hadiah-hadiah untuk tujuan tersebut.


• Edaran Tanda Peringatan HKS

Satu tanda peringatan HKS berbentuk buku nota kecil, lencana, stiker atau lain-lain bentuk cenderahati bolehlah disediakan oleh pihak koperasi untuk mereka yang terlibat dengan sambutan atau untuk anggota-anggota di koperasi sekolah mereka sebagai tanda memperingati HKS.

Aktiviti-aktiviti tambahan dalam perhimpunan khas akan diambilkira semasa penilaian dibuat oleh Jawatankuasa Penilai.




G A R I S P A N D U A N S A M B U T A N H K S 2 0 1 1 3


5.4 Aktiviti Pilihan

Bagi aktiviti pilihan, tiga kategori aktiviti telah ditetapkan iaitu;

• Pendidikan;

• Ekonomi / Keusahawanan, dan

• Sosial dan budaya.

Pihak koperasi sekolah hendaklah menjalankan sekurang-kurangnya satu daripada aktiviti-aktiviti pilihan tersebut. Pemberian markah juga akan berdasar kepada kuantiti aktiviti yang dijalankan. Jika koperasi sekolah menjalankan lebih daripada satu aktiviti, tambahan markah akan diberikan. Kesemua aktiviti yang dijalankan hendaklah mengikut kreativiti dan inovasi pihak sekolah dan sebagai Badan Penilai, ANGKASA tidak akan terlibat secara langsung dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Koperasi sekolah digalakkan untuk melibatkan seberapa banyak agensi samada agensi kerajaan, swasta atau badan-badan NGO sebagai salah satu usaha mewujudkan aktiviti interaksi koperasi sekolah dengan masyarakat. Di antara contoh-contoh aktiviti adalah seperti berikut;

a. Aktiviti Pendidikan

Contoh Aktiviti :
• Ceramah / bahas / kuiz / pidato Koperasi;

• Seminar Koperasi;
• Forum koperasi,dan
• Lain-lain berdasarkan kreativiti koperasi.

b. Aktiviti Ekonomi / Keusahawanan

Contoh Aktiviti :
• Jualan barangan terpakai atau barangan kitar semula;
• Bazar Koperasi;

• ‘Car-Boot’ Sale;
• Car Wash, dan
• Lain-lain berdasarkan kreativiti koperasi.

c. Aktiviti Sosial dan Budaya

Contoh Aktiviti :

• Menjalankan projek komuniti dengan PIBG atau masyarakat setempat seperti membantu mereka yang kesusahan kerana bencana alam dan sebagainya;

• Sketsa Koperasi yang mengisahkan tentang tema sambutan yang boleh menjadi teladan kepada pelajar-pelajar anggota koperasi;

• Bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah, menyediakan pondok bacaan dan tempat duduk, dan

• Lain-lain berdasarkan kreativiti koperasi.






G A R I S P A N D U A N S A M B U T A N H K S 2 0 1 1 4


6. BANTUAN PERBELANJAAN

ANGKASA akan memberi sumbangan sebanyak maksimum RM2,000.00 sebagai menampung perbelanjaan sambutan berdasarkan syarat berikut;

o Menghantar Borang Laporan Sambutan (BLS02 – HKS/11) bersama laporan lengkap dan bergambar semua aktiviti HKS 2011 yang dilaksanakan - RM1,000;

o Mengadakan Program Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah (PPKKS) Peringkat Sekolah dan mengadakan pemilihan / penilaian kumpulan - RM1,000.

Jika koperasi sekolah melaksanakan HKS (menghantar Borang Laporan Sambutan [BLS02 – HKS/11] bersama laporan lengkap dan bergambar semua aktiviti HKS 2011) dan melaksanakan PPKKS tetapi tidak mengadakan pemilihan / penilaian kumpulan Program Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah Peringkat Sekolah, bayaran sumbangan hanya akan diberikan sebanyak RM1,500.

Tiada bayaran sumbangan akan diberikan kepada koperasi sekolah berikut;
o Tidak mengadakan sambutan HKS 2011 dan PPKKS;
o Hanya mengadakan aktiviti perhimpunan sahaja;
o Tidak menghantar Borang Laporan Sambutan (BLS02 – HKS/11); dan

o Hanya menghantar Borang Laporan Sambutan (BLS02 – HKS/11) dan tidak disertakan bersama laporan lengkap bergambar aktiviti HKS 2011.


Bantuan perbelanjaan ini akan diberikan kepada koperasi sekolah setelah menerima Borang Laporan Sambutan (BLS02 – HKS/11) dan laporan lengkap bergambar mengenai sambutan yang telah diadakan.

Proses bayaran sumbangan hanya akan dilaksanakan setelah selesai sesi penilaian diadakan,

7. BORANG PENGESAHAN SAMBUTAN DAN LAPORAN SAMBUTAN

Bagi tujuan penyelarasan dan penilaian, pihak koperasi sekolah hendaklah menghantar:

o Borang Pengesahan Sambutan (BPS01 – HKS/11 ; warna merah jambu)

Borang pengesahan sambutan ini hendaklah dihantar ke ANGKASA sebulan sebelum tarikh sambutan. Pihak koperasi hendaklah menyatakan tarikh sambutan HKS yang akan diadakan dan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan.

o Borang Laporan Sambutan (BLS02 – HKS/11 ; warna biru)

Bagi tujuan penilaian dan pembayaran sumbangan, Borang Laporan Sambutan ini hendaklah diisi dengan lengkap dan dihantar ke ANGKASA dua minggu selepas majlis sambutan HKS. Laporan yang lengkap hendaklah disertakan dengan gambar-gambar sekitar hari sambutan dan bukti sambutan. Sila Rujuk Lampiran A untuk Panduan

G A R I S P A N D U A N S A M B U T A N H K S 2 0 1 1 5



Penyediaan Laporan. Koperasi sekolah perlu membuat sekurang-kurangnya satu salinan laporan untuk simpanan koperasi sekolah.

Kedua-dua borang ini bolehlah dimuat turun dari laman web ANGKASA; www.angkasa.coop.

8. PENILAIAN AKTIVITI

Penilaian akan dibuat berdasarkan kepada aktiviti wajib (beserta aktiviti tambahan semasa perhimpunan), aktiviti pilihan, aktiviti bonus dan aktiviti tambahan semasa perhimpunan yang dilaksanakan oleh koperasi sekolah. Aktiviti akan dinilai mengikut kualiti persembahan, bilangan aktiviti yang dijalankan, penglibatan pelbagai pihak seperti koperasi dewasa, PIBG, masyarakat setempat dan lain-lain lagi yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Penilai. Maksimum lima (5) koperasi sekolah terbaik dari segi penganjuran akan dipilih dari setiap negeri dan hadiah akan diberikan oleh ANGKASA Pusat.

Jawatankuasa Penilai adalah terdiri daripada:
• ANGKASA;
• Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), dan

• Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Bagi koperasi sekolah yang telah memenangi hadiah utama selama dua (2) tahun berturut-turut, tidak akan dinilai sambutan mereka bagi tahun yang ketiga. Penilaian akan dibuat semula pada tahun berikutnya.

Keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Penilai adalah muktamad.

9. LAWATAN WAKIL KEMENTERIAN, JABATAN DAN AGENSI

Wakil Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan dan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri akan membuat lawatan ke koperasi-koperasi sekolah yang mengadakan sambutan.

Lawatan yang diadakan adalah bertujuan untuk meraikan sambutan yang dilaksanakan oleh pihak koperasi sekolah dan ianya bukan bertujuan untuk membuat penilaian ke atas sambutan HKS yang diadakan. Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan dan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri akan mengisi borang laporan lawatan yang telah disediakan untuk diserahkan kepada ANGKASA Pusat.

10. PERTANYAAN

Sebarang bentuk pertanyaan yang berkaitan dengan sambutan HKS bolehlah diutarakan kepada Penolong Pengurus Bahagian 4P (Pembangunan) di talian 03-78007823.

Alamat e-mail : pembangunan@angkasa.coop atau Ketua Unit Institusi Pendidikan di talian 03-78008156 / 03-78008176. No. faks : 03-78846423 / 03-78061506 / 03-78809244


G A R I S P A N D U A N S A M B U T A N H K S 2 0 1 1 6


LAMPIRAN A

PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN

1. Penyediaan laporan hendaklah tidak melebihi 20 muka surat.

2. Penyediaan laporan hendaklah mengikut format Borang Laporan Sambutan (BLS02-HKS/11).

3. Koperasi sekolah perlu menulis nama koperasi sebenar (nama koperasi seperti di akaun bank) bagi memudahkan pembayaran sumbangan ANGKASA.

4. Setiap aktiviti (termasuk aktiviti PPKKS) hendaklah disertakan dengan gambar-gambar. Bilangan gambar hendaklah tidak melebihi dari 5 keping bagi setiap aktiviti.

5. Setiap gambar perlu dinyatakan secara ringkas:

a. Apakah aktiviti yang dilaksanakan;

b. Tarikh, masa dan lokasi aktiviti dilaksanakan, dan

c. Penglibatan atau penyertaan, seperti pelajar, guru, kakitangan sekolah, masyarakat luar atau agensi luar.

d. Nama perasmi majlis atau sambutan, penceramah dan lain-lain berkaitan hendaklah dinyatakan dalam caption gambar tersebut.

6. Nyatakan secara jelas agensi kerajaan, NGO atau pihak swasta yang terlibat bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan.

7. Lampirkan Buku Cendermata atau aturcara keseluruhan sambutan HKS 2011.

8. Lampirkan Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Pelaksana HKS 2011.

9. Lampirkan ringkasan penyata kewangan sambutan HKS 2011 (untung/rugi).


10. TIDAK PERLU melampirkan risalah, pamplet atau bahan bahan bercetak daripada agensi luar. Sebagai contoh risalah pencegahan jenayah, derma darah, promosi, peraturan, syarat-syarat dan sebagainya.

11. TIDAK PERLU dilampirkan bahan-bahan atau maklumat yang telah diberikan oleh ANGKASA kepada koperasi sekolah seperti;

a. Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan dan Presiden ANGKASA.

b. Garis Panduan Sambutan HKS
c. Lirik Lagu Semangat Koperasi


G A R I S P A N D U A N S A M B U T A N H K S 2 0 1 1 7

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP