PERMAINAN PETANQUE

>> Wednesday, December 16, 2009

APA ITU PETANQUE?
Pétanque adalah sejenis permainan yang berasal dari Perancis yang mana objektif utama permainan adalah untuk membaling atau melempar bola - bola besi yang disebut sebagai 'boules' sedekat mungkin dengan satu bola kecil yang diperbuat daripada kayu yang digelar jack. Permainan ini biasanya dimainkan diatas permukaan tanah atau batu kerikil halus. Namun begitu, permainan petanque ini juga boleh dimainkan di atas permukaan berpasir atau padang rumput. Dengan kata lain, petanque boleh dimainkan di mana - mana permukaan.
Permainan petanque dimainkan dalam 3 jenis konfigurasi berbeza iaitu:-
# 3 sekumpulan atau lebih dikenali sebagai tripplets, dengan 3 orang pemainsetiap kumpulan dan setiap pemain menggunakan 2 biji boule
# 2 sekumpulan atau lebih dikenali sebagai doublets, dengan 2 orang pemain setiap kumpulan dan setiap pemain menggunakan 3 biji boule
# perseorangan atau lebih dikenali sebagai singles, dengan seorang pemain menggunakan 3 biji boule

BAGAIAMANA PETANQUE DIMAINKAN?
Bola yang digunakan untuk permainan petanque diperbuat daripada besi dengan berat antara 650g dan 800 gram. ( Bola ini taklah berat sangat, tak sampai sekilo pun.) Saiz diameter bola besi ini pula antara 70.5mm dan 80mm. ( Agak - agak sebesar bola tennis ). Jack pula diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik dan mempunyai diameter antara 25mm sehingga 35mm. ( macam besar guli jer... )
Kawasan permainan petanque mestilah tidak kurang dari 15 meter panjang kali 4 meter lebar. Namun begitu keluasan minimum yang diterimapakai adalah tidak kurang dari 13 meter panjang kali 4 meter lebar.
Pemain yang menang undian lambungan duit syilling hendaklah memulakan permaianan dengan membuat bulatan dengan diameter 35- 50 cm. Kedua - dua kaki pemain yang membuat lemparan bola hendaklah menyentuh tanah semasa membuat lemparan. Permaianan dimulakan dengan pemain pertama melempar jack dalam jarak 6 ke 10 meter dari bulatan tadi. Jack yang dilemparkan hendaklah tidak kurang 1 meter dari sempadan gelanggang atau apa - apa objek yang menghalang. Jika ini berlaku, maka jack tersebut hendaklah dilontar semula.
Pemain yang menang undian tadi akan mula melempar bola sedekat mungkin dengan jack. Pemain daripada pihak lawan pula akan cuba mengatasi jarak boule pertama tadi sehingga dia berjaya lebih dekat dengan jack. Jika dalam percubaan itu, boule pihak lawan lebih dekat, maka kumpulan pertama tadi perlu mengatasi boule tadi. Permainan ini akan berulang sehinggalah kesemua boule telah habis dilempar.
Mata akan dikira dengan kaedah, berapa boule pasukan yang mendapat mata lebih dekat kepada jack sebelum bola pihak lawan. Permaianan biasanya dimainkan sehingga mata 13. Namun begitu, mata 15 juga ada dimainkan untuk perrtandingan - pertandingan akhir,

Read more...

HARI KOPERASI SEKOLAH

Hari Koperasi Sekolah (HKS)
HKS mula disambut sejak tahun 1995 dengan pelbagai program dan aktiviti seperti pertandingan kuiz, petanq, pidato, melukis, menulis esei, berpantun dan sebagainya di peringkat zon, negeri dan kebangsaan. HKS dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Pelbagai pengiktirafan diadakan seperti Anugerah Koperasi Sekolah Terbaik, Peserta Terbaik Pertandingan Kuiz dan Anugerah Cemerlang Guru Koperasi Sekolah. Di antara hadiah menarik ialah lawatan ke luar negara dan pemberian hadiah set komputer.
Mulai tahun 2006, Perayaan HKS berubah kepada cara yang lebih bermakna dengan sambutan di peringkat sekolah-sekolah yang mana ianya dapat memberi peluang kepada lebih ramai warga sekolah yang terdiri daripada pelajar, guru, PIBG serta masyarakat setempat.
Sebagai inisiatif galakan kepada pelajar-pelajar, ANGKASA memberikan hadiah lawatan keluar negara kepada koperasi sekolah yang berjaya dipilih sebagai koperasi sekolah 6 bintang. Pada tahun 2006, tiga pelajar dan seorang guru koperasi sekolah yang berjaya dibawa melawat ke Korea Selatan manakala tahun 2007, enam pelajar dan dua guru berpeluang ke China dan Vietnam.
Pada tahun 2008, HKS peringkat sekolah disambut pada 22 hingga 28 Jun 2008 bertemakan “Koperasi Sekolah Memupuk Keusahawanan”.

Read more...

SEKKOP 123

Sistem Keanggotaan, Perakaunan Dan Perniagaan Koperasi Sekolah (SEKKOP 123)
SEKKOP 123 adalah satu pakej sistem perisian komputer bersepadu yang mempunyai tiga fungsi iaitu pengurusan keanggotaan, perakaunan dan perniagaan koperasi sekolah.
Matlamat perkhidmatan SEKKOP 123 ialah untuk meluaskan penggunaan sistem perisian keanggotaan, perakaunan dan perniagaan dengan cara kerja khidmat, senggara dan nasihat berterusan. Secara lebih khusus, objektif SEKKOP adalah seperti berikut :
• Memberi perkhidmatan berkesan dan memperluaskan penggunaan ketiga-tiga sistem perisian SEKKOP 123 di koperasi sekolah seluruh Malaysia.
• Dengan khidmat, senggara dan nasihat berterusan koperasi sekolah boleh mengurus keanggotaan, perakaunan dan perniagaan secara berkomputer.
• Memupuk minat keusahawanan dikalangan pelajar melalui kaedah pengurusan kedai koperasi yang sistematik.

Read more...

Apakah Koperasi Sekolah?

Gerakan koperasi sekolah di Malaysia telah bermula semenjak tahun 1968 melalui penubuhan sembilan buah koperasi sekolah di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia. Sehingga Mei 2008, gerakan koperasi sekolah telah mencapai tahap yang cukup membanggakan apabila 1,976 koperasi sekolah telah ditubuhkan dengan bilangan keanggotaannya meningkat sehingga dua juta pelajar sekolah menengah seluruh Malaysia.

Kursus ini ditawarkan kepada Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan anggota koperasi SEKOLAH yang terdiri daripada kalangan pelajar dengan tujuan memberi pengetahuan asas mengenai pengurusan dan pentadbiran koperasi yang mengandungi lima (5) modul iaitu:
• Jati Diri Koperasi
• Kaedah Simpan Kira Koperasi Sekolah
• Kaedah Tadbir Urus Baik Koperasi Sekolah
• Penyata Kewangan Koperasi Sekolah
• Hak dan Tanggungjawab Anggota Lembaga Koperasi Sekolah

Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS)
ANGKASA memperkenalkan program PKS bagi memberikan peluang kepada para pelajar sekolah menjalankan program pelancongan sendiri.
Objektif PKS ialah untuk melatih pelajar dalam merancang, mengurus dan melaksanakan projek. Ia juga bertujuan memupuk budaya keusahawanan dan mendedahkan pelajar kepada tokoh-tokoh berjasa dan beberapa fokus subjek.
PKS lebih menekankan aspek pembelajaran berbanding matlamat keuntungan. Penekanan pembelajaran yang dimaksudkan ialah melalui konsep:
i. Belajar sambil bekerja (Learning by doing)
ii. Melaksanakan sambil belajar (Doing by learning)
iii. Pelaksanaan menjadi satu dengan pembelajaran (Doing and learning)
PKS menekankan konsep HOS dan TAMU di mana pelajar akan dilatih untuk menjadi HOS dan TAMU yang baik.

Read more...

Kuala Kangsar 2007

>> Monday, December 14, 2009







Read more...

Cameroon Highland 2008






Read more...

Jawatankuasa Koperasi 2009


Pengerusi: Pengetua Cemerlang, Pn Fadilah bt Mohd Zain
Timbalan Pengerusi: GPK Kokurikulum, En Wan Ahmad Wan Rebi
Setiausaha: En Mohd Ikhwan Azali Abdullah
Bendahari: Pn Hafizah Hamid
ALK Guru: En Mat Isa Hj Ibrahim
Ustazah Maziah Mokhtar
Pn Norsuhada Bahari

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP